Saturday, May 22, 2010

DIA bersamaku..

Allah itu..
DIA bersamaku.DIA bersama kita.Bila-bila masa sahaja.Tatkala kita senang mahupun kita susah.

Kala aku futur ini.Aku lalu menadah tangan,melutut dan duduk serendah rendahnya dibawah ketinggian RABB lalu berdoa..

ALLAHUMMAR ZUQNISTIQAMAH..ALLAHUMMAR ZUQNISTIQAMAH..ALLAHUMMAR ZUQNISTIQAMAH...

Tika ini aku merasa teramat lemah.Lemah untuk melawan nafsu.Sukar untuk melakukan kebaikan.Sedangkan pernah suatu ketika dahulu ku berjanji aku akan merebut setiap peluang amal yang hadir padaku.Jika tiada aku akan mencarinya.Tapi kini,aku rasa lemah.

Namun siapa yang lebih memahami duka ku ini?Melainkan DIA..yang Ku CINTA..yang memberi senafas kehidupan iman buat hati resah ini..yang mencipta setiap ujian dan penyelesaian..

Lalu DIA lebih tahu dimana seharusnya aku.DIA menyusun setiap atucara kehidupanku hari ini, DIA juga menyusun letak hatiku di majlis2 mulia.DIA juga yang menyusun gerak tari langkahku sore tadi..Kerana DIA tahu segalanya.Kemana seharusnya aku..

DIA menjawab tanpa aku membuka mulut bertanya kerana DIA tahu hatiku sedang berbicara dengannya.DIA jawab.Jawab.dan jawab lagi melalui makhluknya.Sehingga aku faham dan dapat membina serumpun keyakinan kembali.Itu lah DIA yang MAHA MENGETAHUI,PENGASIH lagi MEMBERI SEGALA SESUATU..Aku Cintakan DIA.Sedalam-dalam cinta.Kerana cinta inilah yang aku cari kesekian lamanya.Akhirnya aku berjumpa dengan cinta yang MEMAHAMIku..

Aku belum putus berharap padaNYA agar dibuka hati dan diberi jawapan yang benar2 memuaskan.Dan.saat itu juga,dia mewakilkan hambanya menjawab:

"Lakukanlah sesuatu amal atas semangat iman bukan sekadar semangat yang hanya bersemangat..Datangnya futur ialah apabila semangat `kosong` seseorang itu telah hilang,tapi jika ia bersemanagat atas dasar iman,selagi iman menguasainya,dia pasti bersemangat!"

Dup!Hati ini terpanah.Namun,terasa bagai diusap oleh Sang Maha CINTAku.. "Amal yang dilakukan,letakkanlah niatnya betul2 kerana ALLAH,bukan kerana pangkat atau jawatan yang disandang atau merasa itu sebagai beban tapi rasailah kita sedang mengejar tuntutan Allah[fastabiqul khairat-AlBaqarah]","Biar kita dilucutkan jawatan,tapi kita masih lagi bekerja, kerana kita bersedia melakukannya kerana ALLAH.Asalkan kita dapat merebut peluang membuat amal."

DIA mengetahui apa yang sedang aku alami..

ALLAH,
aku terkandas melakukan dosa lagi..AMPUNKAN aku YA ALLAH.
Sudikah kau mengampuniku dalam lumur dosa hamba ini ya RABB??
Sudikah lagi kau bawa aku pulang ke taman hidayah mu ya HAADI??
WAHHAB,QAHHAr,sambutlah tangan ku yang berlumuran dosa ini menuju cintaMU..

AKU PERLUKAN MU>>dalam setiap saat nafas hidupku.
Janganlah KAU biarkan aku terlalai membuat keputusan sendiri walau dalam kadar sekelip mata.Atau lebih singkat dari itu.Hadiahkan aku keimanan yang jitu sehingga aku tak perlu lagi berharap pada sesiapa kecuali ENGKAU..

Hadiakanlah aku ISTIQAMAH dalam agamamu.Jauhkanlah aku dari ISTIDRAJ..

Labels:

1 Comments:

Blogger PeArl BuSyra said...

Salam shbhku ifah,
ana just nk share ngan nti 1 kata2 yg ana reka wt diri ana nirik. & now, ana tgh cube utk ingt n semtkn sedlm-dlmnya dlm hti ana yg kotor nih.

'Life is not telling bout a person who fall down, but its telling bout a person who try to stand up back after falling...'

Iffah,
Kita sedia tw, nobody is perfect... Tp, sama2lh kita cbe gk nk jd perfect wlopon kita tw kita x kn blh jd cm tu. n alwys do remember, Allah Maha Pengampun. Dia akn sentiasa dgr kita. SENTIASA.... Allah baik kn ifah?? Dia baek sgt3!!!

Iffah,
Allah memahmi kita... sometimes if we tell other people bout our prob, org lain x kn penh nk fhm sbnr-bnrnya yg t'jd kt kita. Tp Dia.... Dia fhm sbb Dia cintakn kita cuma kita je yg slalu lpe.

Allah lh sebaik2 temn, shbhku... Bila kita sedih, Dia sntiasa sedia utk dgr rintihn kita. Bile kita dukacita, Dia sntiasa sedia utk belai kita dgn penuh cnta dn ksh syg. Bile kita keseorgn, Dia sntiasa sedia utk teman kita dn mnjakn kita. Bile kita lemah, rse cm diri dh x de hrpn, Dia sntiasa de utk pimpin kita dgn m'berikn pelukn yg menyenangkn. Bile kita hmpa, rse diri cm dh x b'gune, Dia sntiasa kt situ dn kata, "Hambaku, aku di sini dgn penuh ksh syg. Aku akn menemanimu. Menangislh kpdku. Aku akn memujukmu..."

Iffah,
Allah Maha Penampun... Dia Maha Pengampun...

May 22, 2010 at 8:02 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home