Sunday, June 20, 2010

كفى بالموتِ ذكرا




كفى بالموتِ ذكرا......

Cukuplah kematian itu sebagai peringatan

Seorang demi seorang murabbi kita telah pulang ke 'kampung halaman' sebenar mereka.Hari ini,kita dikejutkan dengan satu lagi pemergian murabbi kita,SIR YAHYA ISMAIL yang meninggal dunia di Jeddah semalam.Hari ini juga adalah hari memperingati kematian guru2 MATRI.Dari yang pertama dan paling mengejutkan kita,yang di kasihi Allahyarhamhum,Ummi Halimaton,Sir Ghazali,'Tok Wan',Sir Yahya dan yang sebelum itu, Cg Tajul.

Semua pemergian-pemergian ini sebenarnya adalah satu peringatan kepada kita yang masih hidup .Allah ingin menyedarkan kita bahawa كل نفس ذاىِْقة الموت....setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati.Tidak akan terkecuali walau seorang pun.Ingin saya memetik sebuah kata2 hadis yang benar2 boleh kita ambil pengajaran darinya.Yang mana hanya dengan 3 kalimah namun ia terkandung 1001 pengajaran.'' كفى بالموتِ ذكرا''...... cukuplah kematian itu sebagai peringatan.Jelas disini bahawa setiap kematian yang terjadi seharusnya dijadikan muhasabah kepada kita yang masih hidup bukan menangisi ,meratapi pemergian itu semahu-mahunya.Ala kadar dah la. Dengan kematian ini juga,kita seharusnya membawa minda kita melayang dengan lebih jauh bahawa, KEMATIAN KITA itu pasti.Dan ia akan berlaku.Mungkin sebentar lagi,atau esok hari,atau lusa,atau minggu depan atau sesaat selepas ini..

Kehidupan yang teramat sementara ini sebenarnya hanyalah suatu masa yang mana kita sedang beratur MENUNGGU MASA untuk dijemput oleh Allah yang MAha Berkuasa.Hakikatnya kini, setiap manusia tidak tahu bilakah masanya kita akan diambil,dimana,dan dalam keadaan yang bagaimana.Semua ini terletak pada satu tanda tanya.Dan ia hanya boleh dijawab oleh yangMAHA mencipta kita di bumi ini. Oleh itu,kita yang masih berpeluang menghirup nafas segar hari ini, sepatutnya perlu meningkatkan semula kualiti bekalan kita untuk kesana.Mulai sekarang!Kerana kita tidak tahu bila MALAIKAT ITU AKAN HADIR MENJENGAH..Kerana kematian itu bila2 masa sahaja.Baik di siang hari atau malam.Baik diwaktu berdiri atau duduk.
Kematian juga mengingatkan kita bahawa kehidupan ini hanyalah sementara.Se-sekejap seorang musafir yang bersinggah di sebuah pohon untuk berehat dan kemudian menyambung perjalannya.Jadi,untuk apakah kita mengejar kehidupan di dunia yang hanya seperti bangkai dan apabila di picit,ianya hanya rapuh dan akan hancur terlerai dek tangan kita sendiri.Kita sering terlupa, bahawa kenikmatan dunia ini setitik dari kenikmatan akhirat.Yang kita kejar dan rebut itu adalah satu penipuan terhadap kita.sesuai dengan kalimat Allah
" وما الحياة الدنيا الآ متاع الغرور".... dan apa yang di dunia itu hanyalah kesenangan yang menipu.. Nah! jelas Allah mengatkan bahawa nikmat yang sedang kita kejari hari ini adalah PENIPUAN semata.Jadi,untuk apa lagi yang sedang kita berlumba2 bagi sesuatu yang sementara??Semoga hati kita sama2 terbuka untuk pembaharuan iman kita dan mengejar kejayaan seperti yang dijanjikan oleh Allah
" فمن زحزح عن النار وأدخل الجنة فقد فاز".... barangsiapa yang dijauhkan Allah dari neraka dan dimasukkan ke syurga,maka dia telah beroleh kemenangan.Hal ini teramatlah berlawanan dengan konteks kehidupan kita pada hari ini, berlumba2 siapa yang banyak mengumpul dunia ditangan nya.....


اقول قولي هذا واستغفر الله لي و لكم..."

segala yang baik itu hanya dari Allah,dan yang tersalah itu adalah kelemahan diri ini.
Semoga Allah menerima amal kita bersama.
Wallahu a`alam..


3 Comments:

Blogger Unknown said...

mencari redha dia dalam setiap saat.sebelum pergi.

June 21, 2010 at 5:11 AM  
Blogger iffahhanna said...

Ayuh bawa hati kita Pulang kepada matlamat asal.. "TIDAK ALLAH CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKN UNTUK BERIBADAH KPDNYA".. mencapai matlamat dengan melalui jalan yg syar`ie..

June 23, 2010 at 1:54 AM  
Blogger iffahhanna said...

jajajaja

July 4, 2010 at 4:58 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home