Wednesday, April 28, 2010

Hilang Fail Penting...!



Terbongkok-bongkok Aisyah Hanani."Mana fail incometax aku ni??..",Aisyah mengomel sendiri.Dia terus mencari fail pentingnya itu.Tempoh untuk bayar cukai hampir tamat.Aisyah Hanani mencari fail resit incomEtax sejak dua tiga hari yang lalu.Namun Allah masih belum menghendakinya untuk menemui fail itu.Aisyah akhirnya terduduk.Melunjur."Mana fail ni..",kedua-dua belah tangannya jatuh lembik dia atas lantai.Sudah puas dia mencari.Akhirnya dia menadah tangan dan berdoa.

"Ya Allah,aku perlukan fail tu.Kau tunjukilah aku di mana fail tu berada.Aku akan cari dengan usahaku.Kau bantulah aku untuk menemukannya. Aku hanya hamba.HANYA ENGKAU YANG LAYAK MEMBERI AKU SOLUSI TERBAIK.Kau tetapkanlah aku penyelesaian yang paling baik."

Aisyah HAnani merangkak sedikit dan bangun berdiri ,berjalan memasuki bilik air.Dia berwudhuk dan menunaikan solah zuhurnya yang belum terlunas.Seusai solat dia cuba mencari lagi fail itu.Digeladahnya semua himpunan fail di rumahnya.Peluh mencurah-curah di dahinya.Wajahnya nampak panas.Putus asa akhirnya bertamu di hatinya.

Malam itu selepas isya`,dia duduk termenung."Apa lagi yang belum aku buat,semua tempat telah digeledah.Berdoa pun sudah,"hatinya tiba-tiba bemonolog.Wajah Azman Humaidi tiba-tiba menjengah ke ruang fikirannya.Dia tiba-tiba rindukan adik bongsunya itu.Aisyah HAnani teringat suatu ketika dia pulag bercuti di kampung.Adik bongsunya itu menangis-nangis.Meratap di kaki ibunya minta tolong carikan mainan robotnya yang hilang.

"Umi,tolong la carikan robot tranformers Man,"rengek Azman.

"Kan umi cakap..Umi dah tengok tadi.Tapi tak ada,"Umi Azman sepontan membalas.

"Alaa..Memangla.Umi tengok ja belum cari.Mi tolong la cari.Umi,tak kesian ke dengan anak umi ni?"

"Man,...."Umi Azman seraya memandang tepat ke mata Azman.

"Ye.."

"Umi ni apa?"

"......."Azman terdiam.

"Umi pun manusia macam Azman.Umi lemah.Umi dah cuba cari tapi tak jumpa Man.Man, siapa yang takdirkan robot tu hilang?"

"ALLAh,"Azman menjawab tapi wajahnya dipalingkan dari melihat wajah uminya.

"Jadi,..

.....Man dah minta dengan ALLAh supaya dikembalikan robot tu?DIA yang menakdirkan, jadi DIA yang lah yang tahu penyelesaian yang terbaik."

Azman terdiam.Tiba-tiba manik jernik mula mengurai di pipinya.

"Minta pada Allah adalah jalan yang terbaik.Manusia akan minta pada manusia dengan bersunguh2 kalau nak kan sesuatu.Tapi kalau minta pada ALlah,buat lebih kurang ja.,"

Aisyah Hanani tiba-tiba bergumam.

Dia lantas bangun dan melaksanakan solat hajat untuk mencari failnya.Malam itu dia menangis,meratap kepada RABBnya supaya ditemukan failnya.Dia meletakkan setinggi harapaan kepada ILAHnya itu.Dia yakin.

"BERHARAP PADA TUHAN TIDAK ADA YANG MENGECEWAKAN."

Keesokan pagi,sebelum dia keluar bekerja.Aisyah HAnani sempat menarik sebuah kotak yang ada di dalam biliknya.Kotak itu sedia terbuka di situ.Begitu dekat dengan Aisyah setiap hari.Terdetik di hatinya untuk membuka kotak itu.Lalu ternampakla fail yang dicari-carinya selama ini.Dekat ja dengan dia.Nampak setiap hari.

TApi kenapa ALLAh takdir untuk dia cari berhari-hari?

Untuk dia lebih dekat dengan ALLAh.Itu ja.

Kan ada hikmahnya bila diuji.Jangan sesal.Jangan takut.Ujian adalah satu jalan peluang kita lebih dekat denagn RABB.Setelah ujian itu selesai.RAsa kenangannya bila ditimpa ujian.Nak lagi berharap dengan ALLAH.NAk!Dan terus nak!

ALLAH MEMANG ROMANTIK!

  1. konklusi:Minta lah pada ALLAH dengan sepenuh hati dan bersungguh2.
  2. Bersabar atas ujian..

Untuk sahabatku sofiah: ALLAH SEDANG MENGUJIMU..Bersabar dan minta padaNYA..

Labels:


Selamat Datang!
"Aku Hanya Hamba"
28 APRIL 2010
8:50:57 pm

Labels: