KafAn BUruK..
KAFAN BURUK
En Jamal.Seorang ahli perniagaan yang sangat kaya raya.Beliau hidup mewah dengan seorang isteri di sebuah bukit bernama Bukit Dermaga.Entah la kenapa bukit itu diberi nama itu.En Jamal seorang ahli perniagaan yang banyak menipu dalam pekerjaannya.Segala jenis penipuan dalam dunia pem`bisnes`an ini dia pernah mencuba.Dia tidak akan melepaskan satu pun peluang untuk menipu sepanjang kehidupannya.Dia tidak pernah puas denagn kekayaan yang dimiliki.Dia akan terus mencari dan mencari lagi.
Pekerjaan menindas orang dilakukannya sehinggalah satu hari,dia jatuh sakit. Dia hanya mampu terlantar di katil.Hari-harinya yang mendatang itu terus sahaja dirutinkan denagn ubat.Penyakit yang dialaminya……………………………………(xpasti)
Suatu hari,dalam keadaan susah payah,dia memanggil isterinya duduk disampingnya.
“Sayang,nanti kalau abang dah mati sayang kafankan je abang dengan kain buruk,”Permintaan En Jamal sungguh aneh.Isterinya tak mengerti mengapa suaminya membuat permintaan sedemikian pelik.
“Kenapa?”Tanya isteri En Jamal untuk meleraikan keingintahuannya.
“Tak palah,abg dah lama hidup denagn kemewahan dan kesenangan.Tibalah masa abang untuk merasai kesusahan pulak.”Hati isteri En Jamal tersenyum kecil .Dia bersyukur kerana suaminya telah insaf.Tapi hati kecilnya masih tertanya-tanya.Tapi kenapa kain buruk?
Lantas si isteri bertanya:
“Tapi kenapa bang?”
En Jamal mengalihkan pandangannya kepada isterinya.Isterinya menanti dengan sabar apakah jawapan penginsafan yang bakal dikatakan oleh suami tercintanya.Lalu suaminya mengumpul sekuat tenaga untuk memberitahu isterinya:
“Laa… Kalau abang pakai kain kafan buruk dalam kubur nanti,bila malaikat tengok kain yang dah buruk mestilah dia ingat dah lama mati.Jadi tak payahla dia nak soal lagi.Selamatlah abang.”
Dia ingat malaikat tu tak pegi sekolah macam dia ka..
*pengajaran:
“Berusahalah untuk terlepas dari siksa kubur dengan amalan di dunia lagi.Bukan usaha mencari jalan untuk terlepas di akhirat nanti.”
Labels: Senyum Pengubat DUka
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home