Sunday, September 12, 2010

KafAn BUruK..

KAFAN BURUK

En Jamal.Seorang ahli perniagaan yang sangat kaya raya.Beliau hidup mewah dengan seorang isteri di sebuah bukit bernama Bukit Dermaga.Entah la kenapa bukit itu diberi nama itu.En Jamal seorang ahli perniagaan yang banyak menipu dalam pekerjaannya.Segala jenis penipuan dalam dunia pem`bisnes`an ini dia pernah mencuba.Dia tidak akan melepaskan satu pun peluang untuk menipu sepanjang kehidupannya.Dia tidak pernah puas denagn kekayaan yang dimiliki.Dia akan terus mencari dan mencari lagi.

Pekerjaan menindas orang dilakukannya sehinggalah satu hari,dia jatuh sakit. Dia hanya mampu terlantar di katil.Hari-harinya yang mendatang itu terus sahaja dirutinkan denagn ubat.Penyakit yang dialaminya……………………………………(xpasti)

Suatu hari,dalam keadaan susah payah,dia memanggil isterinya duduk disampingnya.

“Sayang,nanti kalau abang dah mati sayang kafankan je abang dengan kain buruk,”Permintaan En Jamal sungguh aneh.Isterinya tak mengerti mengapa suaminya membuat permintaan sedemikian pelik.

“Kenapa?”Tanya isteri En Jamal untuk meleraikan keingintahuannya.

“Tak palah,abg dah lama hidup denagn kemewahan dan kesenangan.Tibalah masa abang untuk merasai kesusahan pulak.”Hati isteri En Jamal tersenyum kecil .Dia bersyukur kerana suaminya telah insaf.Tapi hati kecilnya masih tertanya-tanya.Tapi kenapa kain buruk?

Lantas si isteri bertanya:

“Tapi kenapa bang?”

En Jamal mengalihkan pandangannya kepada isterinya.Isterinya menanti dengan sabar apakah jawapan penginsafan yang bakal dikatakan oleh suami tercintanya.Lalu suaminya mengumpul sekuat tenaga untuk memberitahu isterinya:

“Laa… Kalau abang pakai kain kafan buruk dalam kubur nanti,bila malaikat tengok kain yang dah buruk mestilah dia ingat dah lama mati.Jadi tak payahla dia nak soal lagi.Selamatlah abang.”

Dia ingat malaikat tu tak pegi sekolah macam dia ka..

*pengajaran:

“Berusahalah untuk terlepas dari siksa kubur dengan amalan di dunia lagi.Bukan usaha mencari jalan untuk terlepas di akhirat nanti.”

Labels:

Monday, July 5, 2010

Cerita Budak2



Seorang kanak2 berumur 7 tahun sedang bermain bersama abangnya yangberumur 8 tahun.Ketika mereka sedang asyik bermain.tiba2 mereka bergaduh.Abangnya merampas mainan yang sedang budak kecil itu main.dengan nada marah dan bengang dia lalu memaki abangnya.Ayah mereka mendengar perbalahan mereka dan menasihati anak kecilnya supaya jangan memaki perkataan yang buruk kepada orang lain.Ayahnya berkata bahawa amalan mengejek itu tidak baik kelak akan masuk neraka bila mati nanti.Dengan wajah kehairanan Budak itu tidak mengendahkan nasihat ayahnya.Dia tidak mempercayai kata2 ayhnya bhwa setelah mati kena pergi neraka.

Di hari lain, budak itu melakukan kesalahan lain pula,lalu ayahnya menasihati lagi perkara yg sama.Dia tidak mengendahkannya juga.Setelah beberapa kali kejadian seperti itu berulang,budak itu akhirnya meluahkan “ayah cakap,kalau dah mati x boleh bergerak..habis tu,macam mana nak pergi neraka….”

:--++

moral>

ajarlah anak2 untuk faham dengan jelas..

Labels: