Hanya Hamba
HARAP MAAF...BLOG INI TERPAKSA DIMANSUHKAN ATAS BEBERAPA KESULITAN.
Labels: Berita
"menadah kasih-NYA.."
Labels: Berita
Labels: Perkongsian
Labels: Berita
Labels: Pengumuman
KAFAN BURUK
En Jamal.Seorang ahli perniagaan yang sangat kaya raya.Beliau hidup mewah dengan seorang isteri di sebuah bukit bernama Bukit Dermaga.Entah la kenapa bukit itu diberi nama itu.En Jamal seorang ahli perniagaan yang banyak menipu dalam pekerjaannya.Segala jenis penipuan dalam dunia pem`bisnes`an ini dia pernah mencuba.Dia tidak akan melepaskan satu pun peluang untuk menipu sepanjang kehidupannya.Dia tidak pernah puas denagn kekayaan yang dimiliki.Dia akan terus mencari dan mencari lagi.
Pekerjaan menindas orang dilakukannya sehinggalah satu hari,dia jatuh sakit. Dia hanya mampu terlantar di katil.Hari-harinya yang mendatang itu terus sahaja dirutinkan denagn ubat.Penyakit yang dialaminya……………………………………(xpasti)
Suatu hari,dalam keadaan susah payah,dia memanggil isterinya duduk disampingnya.
“Sayang,nanti kalau abang dah mati sayang kafankan je abang dengan kain buruk,”Permintaan En Jamal sungguh aneh.Isterinya tak mengerti mengapa suaminya membuat permintaan sedemikian pelik.
“Kenapa?”Tanya isteri En Jamal untuk meleraikan keingintahuannya.
“Tak palah,abg dah lama hidup denagn kemewahan dan kesenangan.Tibalah masa abang untuk merasai kesusahan pulak.”Hati isteri En Jamal tersenyum kecil .Dia bersyukur kerana suaminya telah insaf.Tapi hati kecilnya masih tertanya-tanya.Tapi kenapa kain buruk?
Lantas si isteri bertanya:
“Tapi kenapa bang?”
En Jamal mengalihkan pandangannya kepada isterinya.Isterinya menanti dengan sabar apakah jawapan penginsafan yang bakal dikatakan oleh suami tercintanya.Lalu suaminya mengumpul sekuat tenaga untuk memberitahu isterinya:
“Laa… Kalau abang pakai kain kafan buruk dalam kubur nanti,bila malaikat tengok kain yang dah buruk mestilah dia ingat dah lama mati.Jadi tak payahla dia nak soal lagi.Selamatlah abang.”
Dia ingat malaikat tu tak pegi sekolah macam dia ka..
*pengajaran:
“Berusahalah untuk terlepas dari siksa kubur dengan amalan di dunia lagi.Bukan usaha mencari jalan untuk terlepas di akhirat nanti.”
Labels: Senyum Pengubat DUka
Ya Allah..
Dup!Hari ini aku baru sedar semula dari tidur yang panjang.Aku telah lama lena.Kini kau memanggilku semula untuk berjuang..Bagaimana?Aku rasa seolah tak mampu.Lelah untuk mengangkat senjata lagi.Penat dengan peperangan nafsu berehat.Namun, aku lagi tak mampu untuk menolaknya.Kerana aku hanya manusia.Yang tak dapat meramal sedikit pun suatu saat akan datang.Jika aku melepaskan masuliah[1] ini,mana tahu mungkin ianya pintu pegislahan bagi hatiku yang telah disaluti nikmat kerehatan ini..
!@#$%^&.....
Satu getaran dari satu lubang menyimpan barang di sebelah kananku.Di dalam kereta Avanza 1.3 bewarna kuning cair itu aku sedang memandu.Getaran itu diiringi bunyi irama muzik yang tidak terlampau mengganggu jiwa.Dan sedikit relaks mendengarnya.Aku meraba lubang itu dan menggenggam telefon bimbitku.Menariknya keluar dengan tangan kanan sambil tangan kiri memegang stereng.Sempat ku melirikkan kedua bola mataku ke skrin telefon bimbit itu.Tertera sebaris nama seseorang.Yang hanya aku akan berhubung dengannya bersebab,ada hal atau terdesak.Tak mungkin saja-saja atau sekadar bertanya khabar,apatah lagi berbual kosong atau bergelak ketawa.Ini bermakna panggilan itu PENTING dan bukan sekadar menghabiskan kredit atau meluahkan rindu.Aku perlu jawab.TAPI… Pesan ibu yang berada di kejauhan terngiang-ngiang.
“Kalau kakak sedang memandu jangan menjawab `fon` tu lagi.Berhenti di sebelah jalan atau telefon dia lain kali.”Disebabkan aku masih lagi memegang lessen kereta standard `P`(percubaaan) dan baru 6 bulan ‘mengemudi’ kereta dan untuk mengelak kecelakaan jalan raya ibuku memesan begitu kepadaku supaya jangan berlagak di jalan raya.Supaya aku sedar bahawa aku baru di arena ‘PERCUBAAN’ memandu di jalan raya.
Aku tak membantah.Lalu aku segera memberi signal ke kiri.3-4 saat kemudian,aku mengilas streng kereta ke kiri .Kereta yang ku pandu semakin perlahan. Tanganku menyentuh gear di sebelah kiri serentak kaki kiriku menekan pedal klucth sampai habis.Lalu,dengan pantas aku menggerakkan gear ke kiri dan menariknya ke bawah .Kenderaanku berada dalam kelajuan 15-20 km/jam.Semakin perlahan. Aku menekan punat hijau di talifon tanda menjawab panggilan PENTING tadi.Dan terus ku berhentikan kereta.
“Assalamualaikum.”Aku memulakan.
“Ya.Waalmkmslm……………….
……………………………
……………
……………………..jadi,anti setuju la ni?”Di pengakhiran perbualan kami yang ringkas itu ,si pemanggil mengajukan soalan sebagai kesimpulan dan penutup untuk perbualan kami.Untuk kepastian sekali lagi atas apa yang kami bincangkan tadi.
“Ya.InsyaAllah.” Semoga Allah membantuku untuk memikul tanggungjawab ini.Tambahku dalam hati.
Aku jadi tersandar ke tempat dudukku.Kepalaku terhentak sedikit ke belakang.
RoBBI..
Ungkapan yang ringkas.Di dengar tak bermakna bagi siapa yang tak mengenaliNYA.Namun sangat tenang,lega,seolah diberi kekuatan,nyaman,Maha Besarnya,bersyukur dan pelbagai rempah ratus rasa yang tak dapat diukir dengan kata-kaat bila kita benar2 membawa DIA hidup bersama dalam kehidupan kita.
‘Kem Komandan.Boleh kah aku mengurus dengan baik tanggungjawab yang berat itu.Rasanya memikul guni 30kilogram sebelah bahu lebih ringan berbanding tanggungjawab ini.Tunggak penting dalam kelancaran dan ketertarikan sebuah kem.’Hatiku bergumam sendiri.Otakku mula ligat membayangkan saat aku akan menjadi kem komandan.Yang lebih lelah untuk dilaksanakan adalah IKHLAS.Di mana akan ku temui buah mutiara itu kalau aku tidak meredhainya dari sekarang.Dan bersedia untuk susah dan senang ruh dan akal.Tiang ikhlas itu mudah tumbang kalau ikhlas itu tidak begitu kukuh.Apabila badai ujian melanda di situlah kerapuhan ikhlas akan terlerai dan datang yang lain iaitu putus asa,dendam, tidak redha dengan kehendak Allah,rosak hubungan dengan manusia,dan pelbagai masalah mulai nampak terlampau besar seolah lebih besar dari dunia dan seisinya.Sebab itu pentingnya Ikhlas.Lagi pula,ikhlas itu sendiri adalah melakukan sesuatu HANYASANYA KERANA ALLAH.
Jika tunggak itu rapuh,maka bagaimana dengan sampingan yang lain?
****************
Aku duduk di sofa.Bersantai.Mata memandang ke televisyen tanpa keinginan.Filem komedi yang sedang ditayangkan seolah tidak lawak langsung bagiku dan sekadar hendak mengejek aku dengan masalah yang menimpa.Hatiku yang kebingungan tidak dapat diubati dengan gelak tawa mereka.
Pagi tadi,aku mendapat keputusan ujian matapelajaran `Syarah Ibnu `Aqil’ iaitu subjek Nahwu(nahu) dari Ustaz Marwan.Aku rasa tak berguna dan seolah kesia-siaan yang teramat.Rugi menghabiskan masa berjam-jam melatih tubi tata Bahasa Arab itu.Membazir ketelaahan aku berjam-jam di maktabah untuk mempelajari lebih untuk subjek yang paling susah itu.Buang masa aku memberi tumpuan lebih untuk keputusan yang tak berguna itu.Walaupun aku belum gagal tapi markah yang terlampau sedikit dan lagi selangkah akan jatuh ke tanah ‘Rosib’[2] itu betul-betul memalukan aku.Aku malu dengan semua warga KTD[3].Aku merasai bahawa malu aku dengan manusia lebih berbanding malu kepada Penentu markah itu sendiri.
· Kalau kita ikhlas akan memudahkan lagi kita mencapai kejayaan. · Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.
Buku nota kulit keras di atas meja terus aku capai.Mencari kekuatan.Kerana di situ terhimpun seribu satu madah murabbi[4]-murabbiku tercinta.Aku menyelak helaian yang tercatat pada 23 Mei 2009 itu. Aku mencatit nota dari penyampaian Profesor tercinta kami itu.Profesor Dr. Omar Hj Salleh menghuraikan dengan panjang lebar tentang ikhlas pada hari itu.Nota itu aku catit ketika mendengar sebuah penyampaian Ijtima` [5]Umum pada hari Sabtu. Sememangnya setiap hari Sabtu,KTD akan mengadakan program ijtima` di dewan utama KTD.Sebaris dua kata yang terakam di helaian kertas itu membuatku sedikit tersentak.
’Kejayaan’
Aku begitu terpancing dengan kalimah itu.Kerana kalimah itu yang aku kejar,tapi tak dapat.Ha ha.Ketawalah pada diri sendiri.Aku baca setiap bait kata yang mengiringi kalimah itu.Aku tersentak.
‘IKHLAS.’
Satu perkataan elihatan berbinar di mindaku.
Aku sudah berusaha habis-habisan untuk mencapai target tertinggi untuk subjek yang paling digemari orang untuk dibenci itu.Namun natijahnya seperti tidak disangka.Tak berbaloi langsung dengan pengorbanan yang aku taburkan.
‘Mungkin aku terlupa untuk meletakkan rempah ikhlas dalam resipi kejayaanku.Patutlah aku terlampau tertekan bila tak dapat apa yang dihajati.’ “Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.” Tulisan catatan penyampaian Prof Omar berlintas-lintas di fikiranku.
‘Ya Allah,aku lupa meletakkan Engkau dalam perjuanganku.Aku bersusah payah mendapatkan sesuatu yang dihajati berselit tujuan untuk memperhambakan diri pada nafsu dan manusia yang lemah sepertiku.Sehingga keciciran ikhlas pada MU.’
“Saibah,saya nampak awak ‘frust’ sangat ni.Awak tertekan dengan markah subjek Nahwu tadi kah?” Aqilah memegang pundakku.Soalan yang diajukan terus berlalu begitu sahaja tanpa jawapan.Tanpa disuruh,dia menarik sebuah kerusi yang berada di sebelah meja belajarku di dalam bilik kami berdua.
Aku cuba tersenyum pada Aqilah.Berlakon seolah tidak ada apa-apa.
“Palsunya senyuman tu.”Aqilah melontar kata.Kali ini aku tersenyum betul.Katanya tadi seolah –olah meluahkan yang aku sedang berbohong.Bukan membohonginya.Tapi diri sendiri.Aku tersenyum ikhlas.Memberi maksud meminta maaf padanya kerana cuba berbohong.
“Ibah,awak tak redha dengan apa yang Allah tetapkan ka?”Sekali lagi aku tersentak.
Ya Allah.Aku malu.Aku malu denganMu.Aku malu mengungkap cinta padaMu selama ini tapi bila ujian dariMu itu hadir menjengah.Aku terus lupa dengan kasih sayangMu.Jika tadi aku malu dengan manusia dan cuba untuk tidak keluar dari rumah.Tapi sekarang aku malu dengan Allah.Jadi di mana seharusnya aku menyorok .Auch!Jiwaku tersipu pada penciptaNya sendiri.
“Tak mengapalah Ibah.Allah letakkan natijah awak macam tu mungkin ada hikmahnya.Dia nak kita lebih dekatNya.” Aqilah mesra menggunakan ganti nama diri ‘kita’.Itu nampak lebih merendah diri.
Aku teringat dengan nasihatnya yang lalu.
“ Kadang-kadang kita rasa kita sudah meletakkan usaha kita di peringkat maksima untuk melakukan sesuatu amal.Tapi kita lupa iringi satu perkara yang teramat penting.Lebih dari usaha kita yang menggunung itu.”Dia diam sebentar dan memandang aku.
“IKHLAS dan seterusnya REDHA dengan apa sahaja kehendak Allah.”
Hatiku terus bergumam.
’Bagaimana?’
Seolah-olah dia mendengar gumaman itu.
“Lakukan apa sahaja kerana Allah.Hanya Allah.Hatta dalam urusan mengesat peluh pun”
Fuh!Bola mataku terbeliak.Tapi sekadar dalam hati.Ego sedikit menyelubungi.Dia lalu menyambung lagi.Mungkin terperasan yang aku masih belum faham sepenuhnya.
“Bila sudah diniatkan kerana Allah,segala anggota badan dari sebesar-besar bahagian sehingga sel-sel terkecil akan bersedia memprogramkan sistem dalam jiwa mereka supaya redha.Kerana mereka milik Allah.Dan sangat patuh pada Allah.Tahukah?Betapa menderitanya zahir dan batin mereka bila manusia meminjam mereka dari Allah dan terus sahaja melupakan Allah dalam urusan penggunaan mereka?” Sekali lagi.Seperti seorang pemain bola sepak terkenal menendang bola sekuat hati masuk ke gawang gol.Betul-betul tepat tertusuk di jiwaku.Tersentuh.
Sebab itu, hadis pertama dari hadis 40 ialah “Innamal A`maalu binniat”[6].Bila niat jelas.Dengan sepenuh keikhlasan.Nah!Terlahirlah sebuah natijah yang amat cantik.walaupun disorong dengan sejuta kesulitan sekalupun.
“dan Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.”
Tulisan dari buku catatan kulit keras itu sekali melintasi benakku.Sama seperti yang diungkapkan oleh sahabatku Aqilah.
Dan sahabatku itu membawa satu hadis sebagai penutup.Untuk melihatku tidak bermuram durja lagi.Sekaligus redha dan bersedia untuk ikhlas dalam setiap amal.Dia tersenyum.Aku melihat senyumannya sarat keikhlasan.Dan mungkin KERANA ALLAH.Jadi dia tidak akan kecewa jika aku membalas senyumannya dengan jelingan.Kerana dia ikhlas.Dan dia akan redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah untuknya.Bibirnya cuba bergumam lagi.
“`Ajaba li kulli amril mukminin……aaaa”Bibirnya masih tak lekang dengan senyuman.Aku menanti dengan sabar matan hadis yang akan di lontarkannya itu.Dia tertunduk kemudian memanggung wajahnya semula.Memandangku.
“Maaf,saya tak ingat matan arabnya.Tapi mafhumnya begini.Rasulullah yang cakap tau ….
“Aku takjub terhadap orang mukmin.Setiap urusannya baik.Bila dia mendapat nikmat ,dia akan memuji Allah.Dan itu adalah baik baginya.Apabila dia mendapat musibah,dia akan bersabar.Dan itu baik baginya.Tidak setiap orang urusannya adalah kebaikan.Kecuali mukmin!” -Riwayat Ad-Dharimi dan Ahmad
Ayat hadis itu telah aku salin cantik-cantik dan melekatkannya di dinding kamarku.Hadis yang membawa maksud natijah dari IKHLAS dan REDHA kepada Allah.Ajaibnya!
************
Selesai membayar semua jumlah bayaran makanan yang dipesan tadi,aku pun mula melangkahkan kaki menuju kereta Avanza tercintaku.Memandu menghala ke rumah nenekku yang berada di Kampung Genting,Tasek Gelugor.Aku membawa hatiku yang gemersik rindu padanya ini dengan penuh kesabaran.Rindu sangat untuk berjumpa dengannya.Berbekal semangat untuk IKHLAS dan REDHA dalam setiap amal.Persediaan dari sekarang!Walaupun untuk 3 bulan akan datang.Aku tak akan kecundangkan pahala amalku sebgai kem komandan kali ini dengan keterciciran IKHLAS.Aku berusaha keras un tuk ikhlas.Kemudian bersedia secara teori dan praktik sebagai kem komandan.Semoga Allah mengiringi setiap hambanya yang mengharap DIA dalam setiap amalnya.Aamin
*Aku[7]
[1] Tanggungjawab
[2]Peringkat gagal dalam sistem pembelajaran di KTD.
[3] Kolej Tarbiyah Islamiyah dan Ulum Ad-Deeniyah.KTD.Sebuah kolej yang mementingkan keperibadian unggul secara professional,menerapkan nilai islam yang syumul dan khusus untuk pelajaran deeniyah.
[4] Pendidik atau kata lain bagi guru,pensyarah atau tenaga pengajar dan pendidik.Tetapi murabbi lebih tinggi.
[5] Perhimpunan.Program khas untuk ceramah-ceramah,tayangan atau penyampaian oleh pensyarah-pensyarah di KTD.
[6] Sesungguhnya setiap amal perlu bermula dengan niat.
[7] Watak ‘AKU’ diatas adalah rekaan penulis semata-semata.’AKU’ mungkin hidup atau mungkin tak wujud.
*Cerita ini adalah rekaan semata-mata.
*Sebarang komen atau cadangan sebagai penambah baikan cerpen ini amatlah di alukan,
*Hantar komen ke - iffahhannafikri92@yahoo.com - atau komen sahaja di bawah.
* Terima Kasih
Labels: Mari Dengar Kisahku
Seorang kanak2 berumur 7 tahun sedang bermain bersama abangnya yangberumur 8 tahun.Ketika mereka sedang asyik bermain.tiba2 mereka bergaduh.Abangnya merampas mainan yang sedang budak kecil itu main.dengan nada marah dan bengang dia lalu memaki abangnya.Ayah mereka mendengar perbalahan mereka dan menasihati anak kecilnya supaya jangan memaki perkataan yang buruk kepada orang lain.Ayahnya berkata bahawa amalan mengejek itu tidak baik kelak akan masuk neraka bila mati nanti.Dengan wajah kehairanan Budak itu tidak mengendahkan nasihat ayahnya.Dia tidak mempercayai kata2 ayhnya bhwa setelah mati kena pergi neraka.
Di hari lain, budak itu melakukan kesalahan lain pula,lalu ayahnya menasihati lagi perkara yg sama.Dia tidak mengendahkannya juga.Setelah beberapa kali kejadian seperti itu berulang,budak itu akhirnya meluahkan “ayah cakap,kalau dah mati x boleh bergerak..habis tu,macam mana nak pergi neraka….”
:--++
moral>
ajarlah anak2 untuk faham dengan jelas..
Labels: Senyum Pengubat DUka
Labels: Pengumuman